Tuesday, March 29, 2011

Asal usul perkataan "berak"

Salam sejahtera kepada semua geng, ape macam hari ni. wp harap sume ok la ye..:) Geng semua nk tahu tak apekah asal-usul perkataan berak? kalau nk tahu bleh la bace entri wp ni ye..


Semasa penjajahan British di negara ini, perkataan berak telah pertama kali digunakan utk merujuk kpd aktiviti membuang air besar, istilah ini mula-mula sekali terbit dalam sebuah kisah yg berlaku pada waktu itu.


Kisahnya begini:


Pada suatu hari, Seorang pegawai british bernama Sir John Bantam yg tak tahu langsung berbahasa melayu sedang menyelia kerja-kerja perlombongan di sebuah lombong bijih timah. Pekerja2 di situ memanggilnya tuan john. Dia sentiasa memastikan pekerja2 di situ melakukan kerja mereka dan tidak dibenarkan ponteng walaupun sekejap, untuk memastikan pekerjanya tidak curi tulang dia akan setiasa mengira bilangan mereka. Pekerja2 di situ hanya dibenarkan berhenti apabila diarahkan sahaja dan kalau nk mintak pegi melepas pun kene lah cakap dalam bahasa inggeris, ini menyebabkan kebanyakan pekerja yg memang tak tahu sangat nk cakap bahasa orang putih ni tunggu masa rehat la kalau nak buat ape pun.


Pada hari itu terdapat 8 orang pekerja berbangsa melayu melakukan kerja mereka seperti biasa. Nak dijadikan cerita, salah seorang drpd mereka sakit perut nk buang air besar. Memandangkan waktu rehat lambat lagi mamat ni pun nekad la nk pegi buang air besar tanpa mintak izin. Die ni pulak tu sangat takut kena marah sebab memang tak tahu langsung cakap orang putih, jadi mamat ni pun dgn segera pergi ke belakang sebuah batu besar di kawasan itu untuk melapaskan hajat yg terpendam. Kebetulan tuan john tak nampak, akan tetapi selepas seketika tuan john pun perasan yg seorang drpd pekerjanya hilang.


Pegawai british ni pun dgn nada marah memekik kpd pekerja2 yg lain dgn berkata,
"hey!! all of you workers. why there only 7 of you out there?".


Jeritan drpd tuan john menyebabkan semua pekerja terpinga-pinga sebab tak faham.


Kemudian sambil memandang sekeliling dan menunjukkan satu jari kpd pekerjanya, tuan john pun berkata lagi, "where one more?" berulang-ulang kali.


Sehinggalah salah seorang drpd pekerja yg boleh sikit2 cakap orang putih pun bersuara, "sir, bhen rak" sambil menunjuk dgn jari tempat mamat td buang air besar


Sebenarnya pekerja tu nak cakap "sir, behind the rock" tp dah jd bunyi lain pulak.


Pekerja tu pun cakap lagi, "bhen rak, bhen rak, sir".


"what?, beroc??", kate tuan john.


Pada pendengaran tuan john memang jelas perkataan yg didengarnye berbunyi "berak" dan die tak faham perkataan tu lalu menganggap perkataan tersebut ialah perkataan bahasa melayu yg baru dipelajarinya hari itu.
Tuan john pun nak tahu la sangat ape maknenye perkataan ni, jadi dgn tanpa berlengah lagi die pergi ke belakang batu besar yg ditunjukkan oleh pekerjanya td.


Bile sampai kat situ, tuan john pun nampak la pekerjanya td tu sedang buang air besar dgn penuh nikmat dan tak sedar pun tuan john ade kt belakang.


Sambil menganggukkan kepala tuan john pun berkata, "owh, this is beroc. now i know".


Pada sangkaan tuan john, beroc bermaksud buang air besar dan telah memasukkan perkataan ini dlm kamus melayu-inggeris tulisannya. Perkataan ini seterusnya telah berkembang menjadi standard dan digunakan dgn meluas dlm persuratan melayu sehingga ke hari ini dgn menggunakan ejaan b.e.r.a.k.


Maka begitulah asal usul perkataan berak.


Betul ke tidak, wp pun tak tahu la tp rasenya just lawak jenake, rekaan semate-mate je. hehehe.. wallahualam...


Peace 4 All, All 4 Peace,
World Peace.

2 comments:

kelibat said...

kalau gitu. aku rasa batu beruang lah lagi tepat untuk asal usul berak, bear rock, pastu di baku kan sikit jadi berak. hoh

World Peace said...

buleh jd juge..:) batu beruang kat ne ye, WP tak pernah dgr lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain