Politik Sampah: Kedurjanaan Si Dajjal


Dewasa ini kita menyaksikan palbagai isu berkaitan dengan politik telah mewarnai suasana di Malaysia sehingga kadang kala telah melalaikan kita daripada memikirkan fenomena yang lebih buruk lagi sedang berleluasa. Para pemimpin lebih mengutamakan kemenangan dalam pilihan raya untuk kekal berkuasa tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah di hati mereka. Parti-parti politik di negara ini agaknya telah lupa bahawa tujuan sebenar rakyat mengundi mereka adalah untuk menjamin segala keperluan mereka terjamin.

Isu yang terkini adalah berkenaan dengan video seks yang melibatkan seorang pemimpin terkemuka. Apa yang berlaku memang sangat luar biasa bila pendedahan video itu dilakukan oleh orang politik juga. Mereka seolah-seolah sedang melakukan sesuatu yang baik padahal mendedahkan keburukan orang lain tak kira benar atau tidak adalah sesuatu yang amat di larang perbuatannya dalam islam. Malah mereka juga telah melakukan satu lagi perbuatan yang terkutuk iaitu menonton video lucah, beulang-ulang kali pula tu, bagi tahu kat orang dia tengok pula tu, siap ajak ramai lagi orang tengok pula tu, dan bermacam-macam lagi kemungkaran yang berlaku oleh kerana perbuatan mereka ini.

Dalam menganalisa isu ini, saya mengambil pendekatan bahawa niat tidak menghalalkan cara kerana niat itu tersembunyi tetapi perbuatan mereka yang dikenali sebagai Dato'T ni jelas tidak beretika dan mencemar maruah umat islam di Malaysia seluruhnya. Jangan kerana nak sangat menghapuskan seorang insan yang juga mahluk Allah dan saudara seagama, kita jadi hilang kewarasan mengikut nafsu.

Persoalan yang lebih utama dalam isu ini menurut media arus perdana adalah berkenaan sama ada betul atau tidak individu dalam rakaman cctv tersebut seorang pemimpin parti politik pembangkang. Sebenarnya, jika kita ingin percaya atau tidak adalah bergantung kepada cara pendedahan video ini yang telah banyak meninbulkan spekulasi berbanding dengan bukti yang kukuh.

Artikel ini bukan bertujuan untuk membela sesiapa, akan tetapi ianya adalah untuk mengajak kita semua berfikir lebih rasional dan matang dalam menilai setiap isu. Jangan kita terlebih dahulu menjadi dajjal sebelum dajjal yang sebenar muncul kerana salah satu sifat dajjal ialah memalingkan manusia supaya menyangka perbuatan mungkar yang ia lakukan itu kelihatan seperti baik dan menghasut manusia supaya membenci perbuatan yang makruf seolah-olah berbuat baik itu sangat hina dan keji.

Analoginya dalam isu ini amatlah mudah difahami kerana mereka yang mendedahkan video ini telah nyata serta terang lagi bersuluh membuat pekara mungkar dan dihebahkan pula pada umum seolah-olah tak ada apa-apa, sungguh licik mereka atau mungkinkah telah dijanjikan perlindungan oleh pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh di negara ini. Jelas sekali tindak-tanduk mereka akan merosakkan pemikiran generasi akan datang serta mencampakkan umat islam ke lembah yang penuh kehinaan di akhirat kelak.

PEACE 4 ALL, ALL 4 PEACE.
WORLD PEACE

Comments