Saturday, March 26, 2011

Tips Cinta: Bagaimana Ingin Berpisah Dengan Kekasih?

Ramai yg stress camne beritahu kekasih nk berpisah, so anda bleh la cube tips berikut supaya kekasih anda yg memutuskan hubungan dgn anda.


1. Bawa kawan lelaki/perempuan yg lain pegi dating di depan mata kekasih anda (berlaku curang).

2. Bagi ayat yang dapat melukakan hati kekasih anda. Cthnya: awak ni terlalu gemuk/kurus la, tak stail langsung.

3. Cakap yang parents anda tidak setuju dgn hubungan tersebut kerana dah ade calon menantu yg lain. syaratnya: haruslah diperbesar-besarkan kelebihan calon tersebut. Cthnya: lebih kaya dari abdul wahab.

4. Cakap yang anda nak kawin secepat mungkin jika kekasih nak lambat atau cakap yg anda nk kerja dulu kumpul duit selama 10thn jika kekasih nak kawin cepat.

5. Cakap yang anda sebenarnya keturunan yg ade masalah mental. (bile2 je anda bleh tukar jd ganas)

6. Berkelakuan seperti org yg ade masalah mental.

7. Mengamalkan tabiat yg selekeh dan pengotor di hadapan kekasih anda.

8. Cerita tentang amalan tahyul dan khurafat seperti anda sangat percaya mengenainya.

9. Abaikan beliau seperti anda tidak memperdulikan kera di hutan.

10. Jika selepas mencuba kesemua taktik di atas beliau masih lagi nak bersama dgn anda, maka terus terang je la dgn kekasih anda tu yg anda dah takde feelings lagi kt dia. Memang lumrah manusia tidak dapat menerima kenyataan hidup yg berubah-ubah mengikut musim kerana manusia juga berbeza-beza kadar penerimaannya, ada yg faham dan ada yg kusut. Buat ape memeningkan kepala pekara yg remeh, lagi pun kalau dh jodoh ketentuan tuhan takkan kemana juga akhirnya..... Paling baik sekali, tak perlu la berkasih sayang bagai nak rak sebab sebagai seorg muslim yg sejati tiada istilah setia sebelum kawin bagi wanita dan bagi lelaki pula dibolehkan kahwin sampai 4 org.


Sekian dulu kemasukan(entry) bagi kali ini, semoga mendapat hikmah serta hidayah Allah s.w.t.

1 comment:

cik zaza said...

terus terang je la..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain