Asal-usul kenapa negeri Pahang paling besar kat semenanjung Malaysia.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...


Ni WP nak cite kat korang tentang asal-usul kenapa negeri Pahang paling besar kat semenanjung Malaysia, So let's check this out....


Al-kisah... taib... adalah disebutkan dalam tawrikh ilmu alam bab ke-5 mengenai kisah ini, taib...
Aparaa, sampai bile mau habis kalau asyik taib2 aje... Ok, kite tukar stail la...


Menurut cerita mulut ke mulut orang tua2, asalnya seluruh Tanah Melayu ini dari siam sampai la ke temasik adalah di bawah naungan Empayar Melaka. Maka, hanya terdapat sebuah pentadbiran sahaja yg mana ianya terletak di sekitar limbungan Sungai Melaka dan diperintah oleh seorang sultan sahaja iaitu Parameswara. Pada waktu itu Empayar Melaka mencapai puncak era kegemilangannya dengan menjadi pusat persinggahan kapal2 dagang antara timur dan barat.

Nak dipendekkan cerita, akibat drpd bermacam-macam musibah seperti penaklukan oleh Portugis, penjajahan kuasa asing, perbalahan antara pewaris tahta, penerokaan tanah baru, dan kemunculan semula kerajaan2 yg pupus telah menyebabkan Empayar Melaka berpecah. Kerajaan2 baru wujud dan mengishtiharkan kedaulatan masing2 di kawasan yg mereka takluki. Keadaan ini telah mewujudkan huru-hara dan persengketaan kerana tiada sempadan tetap yg memisahkan antara wilayah kerajaan2 ini.

Maka, sebuah perundingan membabitkan semua sultan negeri2 ini pun dipanggil untuk membincangkan bagaimana nak menetapkan sempadan yg akan memisahkan semua negeri2 ini secara rasmi dan muktamad sampai bila2. Dalam rundingan tersebut semua sultan2 telah bersetuju untuk negeri masing2 menghantar pasukan mengukur dan menanda sempadan. Tempoh masa untuk mengukur dan menanda itu telah ditetapkan selama satu tahun sahaja dan caranya, setiap negeri boleh meletakkan tanda sempadan sejauh mana yg mereka suka selagi mana tidak bertembung dgn sempadan negeri lain, maksudnya siapa cepat tanda dia punya.


Bagi memudahkan tugas yg pada waktu itu dianggap sukar disebabkan kekurangan teknologi seperti GPS yg ade pada hari ini, kawasan yg luas, dan pengangkutan paling laju pun kereta lembu, maka semua sultan2 juga telah bersetuju bahawa kerja penandaan sempadan ini hanya akan dibuat sekali sahaja tanpa sebarang bantahan. 


Maka bermula lah kerja2 menanda sempadan dan wakil setiap negeri pun memulakan tugas mereka. Memandangkan sultan2 negeri tidak dapat ikut sama dalam proses penandaan, maka wakil2 yg  bertanggungjawab diberi kuasa penuh untuk menanda sempadan mengikut budi bicara masing2.


Wakil dari Melaka beranggapan bahawa negerinya tidak memerlukan tanah yg luas kerana mereka lebih mengutamakan aktiviti di laut dan perdagangan kapal, maka kecil sahaja lah kawasan yg ditanda. Wakil2 dari Kedah, Perak, dan Selangor pula berhenti mengukur setelah bertemu dgn Banjaran Titiwangsa kerana tak sanggup nak daki maka sampai situ sahaja lah mereka tanda. Wakil Negeri Sembilan juga tidak menanda sempadan yg luas memandangkan mereka lebih sibuk menanda sempadan untuk membahagikan negeri itu kpd 9 bahagian.


Di Kelantan dan Terengganu lain pula ceritanya apabila wakil2 mereka berkelahi tentang sempadan yg ditanda dan masing tidak mahu mengalah, kawasan yg direbutkan oleh mereka kini dikenali sebagai Besut dan terletak di Terengganu. Nama Besut itu diambil sempena sebuah busut tempat perbalahan terjadi. Oleh kerana kejadian itu, wakil Kelantan dan Terengganu telah membazir 6 bulan masa mengukur mereka dan menyebabkan luas negeri mereka seperti yg kita dapat lihat pada hari ini sahaja.


Sultan Johor pula mengarahkan wakilnya untuk mengukur seluas yg boleh selama tempoh setahun tersebut dan itulah yg dilakukan oleh wakil Johor sehingga mereka semua menjadi sungguh penat dan tidak bermaya. Kebetulan pada hari terakhir tugas, mereka berjumpa sebuah sungai yg jernih dan sejuk airnya dan mereka pun minum air sungai itu sepuas-puasnya. Kemudian salah seorang dari mereka berkata, "wah, segar amat air ini". Akibat drpd peristiwa itu, kawasan itu kini dikenali dgn nama Segamat.


Setelah tamat tempoh setahun, maka semua sultan2 ni pun bersidanglah sekali lagi untuk tanda tangan surat perjanjian mengesahkan semua sempadan yg telah siap diukur dan ditanda. Semua wakil2 pun menerangkan tentang kedudukan sempadan negeri masing2 secara ringkas, akan tetapi wakil Pahang tiada untuk menerangkan kedudukan sempadan negerinya. 


Maka, sultan2 negeri lain pun bertanya kpd Sultan Pahang tentang wakilnya. Sultan Pahang pun memberitahu yg baginda tidak menghantar sebarang wakil. Sultan2 negeri lain pun bertanya lagi akan sebab kenapa Sultan Pahang tak hantar wakil, maka dijawab dgn selamba oleh Sultan Pahang, "Keh ikek je yg demeh uko", yg bermaksud, saya ikut sahaja ukuran yg dibuat oleh kamu semua. 


Disebabkan Sultan Pahang ikut sahaja ukuran negeri2 lain, maka secara kebetulan Negeri Pahang jadi yg paling besar.







Begitulah kisahnya, wallahualam. Semoga terhibur....



Comments

titan said…
macam tu plak. hehe..
blufyre said…
lawok yg memberangsangkan.............
tahniah....
adoiyay. ak bc dgn serius ni, melawak je ke?

hehee