Awas! Telur palsu dari China

Ini yg akan terjadi apabila teknologi disalahgunakan oleh pihak2 yg mementingkan keuntungan semata-mata.
Apa lagi yg palsu kite tak tahu negara China ni dah buat? Renung2 kan lah.. 
Agaknya Lin Dan power badminton sebab makan telur palsu ataupun Lin Dan tu manusia palsu!??
Telur ayam pun tiruan?
06/04/2011 6:13pm 
GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan."Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama  
Awas! Telur pun boleh dipalsukan





Penyiasatan yg dibuat oleh FujiTV


Awas! Selepas ini daging palsu pula kot???

Comments