Cerita anak, bapak, dan keldai. Trauma ikut cakap orang?

Pada kali ni WP nak share dengan korang sebuah kisah yg patut kite semua ambil iktibar dan jadikannya pedoman hidup. 




Suatu ketika dahulu, sebelum terciptanya kenderaan berenjin seperti motosikal, kereta dan keretapi, manusia menggunakan haiwan berkaki empat seperti kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan.

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.

Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…

"Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya".

Si bapa tua tadi pun memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.

Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…

"Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…"

Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.

Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…

"Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…"

Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si anak menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yang sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…

"Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya.."

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.

Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.

Pengajaran dari cerita ini:
1) Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.

2) Yakin dengan perkara yang kita lakukan, bukan ikut apa yang orang lain kata.

3) Kebanyakan orang di sekeliling kita suka mengata dan mencari kesalahan orang. Abaikan mereka! Inilah penghalang untuk berjaya.



Walaubagaimanapun, nasihat yg baik oleh mereka yg berkelayakan, ibu bapa, sahabat, orang tersayang, atau sesiapa sahaja yg mengambil berat tentang kita hendaklah kita ambil kira dalam melakukan sesuatu atau membuat apa2 keputusan yg penting...


Peace 4 all, all 4 peace,
World Peace.

Comments