Kenali jenis-jenis calon pilihanraya

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca tegar blog ini, semoga sihat2 selalu...

Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yg hampir tiba, WP nak membawa korang mengenali jenis-jenis calon pilihanraya supaya boleh dijadikan pedoman ketika memangkah nanti. Sebenarnye mengikut kajian rambang banyak jenis calon pilihanraya ni, tp WP akan terangkan hanya beberape je la untuk kali ni.

Jom sama2 kite bace....


Calon Samseng

Calon jenis ini suka cari pasal dan begaduh dalam parlimen dan membuang masa pesidangan dengan sikap2 beliau yg perengus. Mencelah ucapan wakil lain dengan maki hamun menjadi keutamaan beliau berbanding mengutarakan pendapat yg bernas. Mengudi calon seperti ini adalah mengabiskan beras saja dan merugikan negara nak bayar elaun mereka.

Ciri2: bengis, panas baran, suka melepak, kuat makan rasuah.


 Calon Mata Keranjang

Calon jenis ini pandai bermain kata2 bak menanam tebu di bibir untuk memujuk pengundi supaya mengudi beliau, akan tetapi sikapnya yg kaki perempuan banyak akan mempengaruhi tugas beliau nanti. Calon mata keranjang lebih mementingkan untuk mencari calon isteri yg ke-2,3,dan 4 sepanjang kerjaya beliau sehingga pengikut2 beliau pun banyak yg menggunakan wanita2 cantik untuk membodek beliau.

 Ciri2: bergaya, kacak, selalu bersosial, gila kuasa.


Calon Boneka

Calon jenis ini pandai berpura-pura untuk menyakinkan pengundi, akan tetapi beliau ni sebenarnya hanyalah boneka kepada orang lain dan menjadi pak turut sahaja. Pengundi sukar membezakan perwatakannya yg seakan-akan tulen padahal palsu semata. Semua keputusan adalah drpd orang2 lain di sekelilingnya dan beliau hanya mengikut sahaja serta melakonkan segalanya dengan begitu yakin sekali.

Ciri2: sopan santun, lurus bendul, kelakar, mementingkan kroni sahaja.


Calon Tak Cerdik

Calon jenis ini amat mudah dikenali dan menunjukkan kebodohannya di khalayak ramai, malah boleh juga memperbodoh-bodohkan pengundinya. Walaupun tak cerdik, beliau menggunakan segala taktik politik yg biasa digunakan seperti propaganda memburukkan pencabarnya untuk kekal berkuasa.

 Ciri2: selekeh, kurang daya tahan, pengampu, kaki pecah amanah.


Calon Pengecut

Calon jenis ini menggunakan pengaruhnya untuk berselindung drpd sebarang serangan terhadapnya, termasuk serangan peribadi yg dilemparkan terhadapnya. Kunci kejayaan beliau dalam mempengaruhi pengundi adalah berdasarkan ketaksuban pengikut2 beliau mempertahankannya walau ape pun yg terjadi. 

Ciri2: mulut becok, banyak ragam, pemalas, pengkhianat bangsa.


Sekian, semoga mendapat serba-sedikit faedah drpd entri ini dan terhibur hendaknya...

Comments