Friday, April 1, 2011

Kenali jenis-jenis hantu


Share/Bookmark

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd semue geng, harap korang semue sihat la yer...

Entri pada kali ni WP nk korang mengenali hantu2, tp tak termasuk kacang hantu. Mungkin ramai antara korang yg kenal dgn hantu2 ni melalui pembacaan, filem, tv, atau pernah berkenalan face to face dgn mereka. So kpd korang2 belum tau jenis2 hantu bleh la take note, mane tau esok lusa terserempak dgn mereka kat kt tepi jalan leh la tegur. Setelah membuat kajian rambang, hantu2 yg WP nak introduce kt korang ni kebanyakannya hanya terdapat kat Malaysia jer. Ok, jom kite check this out...


Jenglot 

Dikatakan berbentuk seperti manusia tp kecik, kulit gelap dan kasar, rambut dan kuku panjang, dan bertaring. Jenglot dikatakan berasal dari indonesia dan mempunyai kuasa menghisap darah manusia.

 
Populasi jenglot kian terancam akibat selalu ditangkap dan diletakkan di kabinet rumah sebagai perhiasan oleh peminat mahluk ini.


Penanggal

Dipelihara oleh manusia dan perlu diberi makanan ikut tempoh tertentu, biasanya dgn darah wanita yg baru bersalin. Penanggal perlu diwariskan kpd seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

 
Penanggal pada zaman moden menggunakan navigasi GPS untuk mendapatkan arah yg tepat kembali ke badan tuannya.
                                                        
 Toyol

Berbentuk dan perangai macam budak. Kononnya, toyol akan dipelihara dlm sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya. Toyol biasanya dipelihara dgn tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dgn mencuri drpd jiran-tetangga.

 
Sehingga kini pihak PDRM masih gagal menangkap toyol2 walaupun begitu tiada laporan polis yg pernah dibuat oleh mana2 mangsa.
 
Orang Minyak

Kononnya akibat telah tersalah menuntut ilmu, menyebabkan Orang Minyak menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dgn pangkah pada mukanya selepas dinodai. Orang Minyak dikatakan dapat menghilangkan diri dgn mudah sekiranya dikejar dan mampu melekat pada siling seperti cicak.

Orang Minyak kini telah banyak yg terpaksa bersara akibat kos operasi mereka meningkat dgn mendadak yg disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah dunia. Usaha mereka bertukar kpd minyak masak juga gagal memandangkan kurangnya bekalan sejak akhir2 ini.
  
Pocong

Memiliki wajah berwarnah hijau dgn mata yg kosong. Pendapat yg lain pula mengatakan Pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dgn wajah putih pucat. Kononnya Pocong merupakan bentuk protest dari si mati yg terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya dikambus. Juga dikenali sebagai hantu hantu bungkus.

 
Pocong bandar: Banyak terdapat di kawasan bandar dan suka makan rojak di gerai2 area pucong. Akibat selalu berkeliaran dan melepak di shopping complex, beliau sudah amat dikenali oleh penduduk setempat malah selalu dijemput ke upacara tarian poco-poco.

Pocong Hutan: Tinggal dalam hutan secara berpasangan dan gemar menyakat golongan pemuja kubur yg nak mintak nombor ekor. Memperolehi pendapatan yg tinggi sejak kebelakangan ini berikutan byk offer berlakon drama dan filem.

Geng Hantu Bungkus: Merupakan sebuah NGO yg menjaga kebajikan pocong dan memperjuangkan hak asasi pocong2 sedunia. Mereka selalu mengadakan demonstrasi jalanan untuk menuntut kerajaan mengharamkan penerbitan kartun yg berunsur menghina kaum pocong.

Langsuir

Sejenis makhluk yg suka merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati, kononnya berasal drpd wanita yg mati bersalin. Langsuir dipercayai mampu menyerupai perempuan cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ke tempat sunyi. Apabila sampai ketempat yg sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

Paku-pakis langsuir dikatakan mendapat namanya kerana menjadi sarang tempat langsuir berteduh, akan tetapi pengkaji paranormal tegar masih gagal mengesahkan maklumat ini.  
 
Pontianak

Dipercayai berasal dari perempuan hamil yg meninggal dunia atau wanita yg meninggal masa melahirkan sebelum sempat anak keluar. Nama Pontianak kemungkinan besar berasal dari gabungan kata "bunting" (hamil) dan "anak", dan mempunyai banyak persamaan dgn Langsuir yg juga gemar menghisap darah manusia. Dgn mengetuk paku ke tengkok Pontianak dikatakan dpt mengubah wajahnya menjadi cantik rupawan.

  
Pontianak bukan hanya terdapat di Malaysia malah setiap negara di dunia mempunyai pontianak mereka sendiri. Di Amerika pontianak digelar dracula atau vampire, cuma bezanya disana pontianak selalunya lelaki. 

Di Indonesia pontianak digelar kuntilanak.

Persatuan hantu sedunia tidak mengiktiraf pontianak sebagai hantu kerana ia juga boleh berubah menjadi manusia biasa dan hidup secara normal. Oleh itu pontianak telah diklasifikasikan sebagai mahluk dua alam seperti katak dan politikus.
 
 Jerangkung

Berbentuk seperti rangka manusia dan dipelihara dalam rumah. Kononnya pemilik Jerangkung akan dilindungi oleh mahluk itu drpd sebarang serangan musuh. Jerangkung mampu merasuk mangsanya dan menjadikan mangsanya menderita. Jika tidak dijaga dgn baik oleh tuannya, Jerangkung akan hisap darah keluarganya.

Jerangkung banyak dapat dijumpai di makmal2 sains sekolah, hospital, dan sign board jalan raya. Lagu jerangkung dalam almari nyanyian wings telah mempopularkan kaum Jerangkung.
 
Hantu Raya

Biasanya dipelihara dgn tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yg dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yg besar. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Kononnya Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. Hantu raya juga suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Walaupun namanya hantu raya, beliau tidak tinggal di balai raya, tidak guna jalan raya, takde hari raya, sah tak dpt duit raya, dan tidak berkhidmat dgn jabatan kerja raya.

Jembalang Tanah

Dikatakan merujuk kpd semangat atau makhluk halus yg terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah berasal drpd uri atau tali pusat bayi yg ditanam di kawasan hutan. Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yag dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kpd peneroka tersebut. Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yg hidup bebas dan jarang dipelihara oleh manusia, tetapi boleh dipelihara apabila sejenis mentera dibacakan dan dihidangkan makanan.

Pencinta alam sekitar telah lama cuba untuk mengesan jembalang tanah supaya dapat mengajak beliau menyertai persatuan green peace, memandangkan sikap jembalang ini yg sayangkan alam semula jadi. Berbeza pula dgn sesetengah manusia yg dikatakan berperangai macam jembalang merosakan sumber hutan yg tak ternilai.

Mambang Tanah

Pernah disebut dalam cerita P.Ramlee, Pendekar bujang lapok tp tidak dapat dipastikan akan rupa bentuknya. Walaupun begitu, WP akan dedahkan di sini pada kali ini.  


Sekian dulu entri WP untuk kali ni. Semoga terhibur...:)

Amaran! Jauhi diri kita drpd mempercayai perkara karut yg boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam.



6 comments:

amboi....macam2 hantu ada

banyak juga la jnis2 hantu ni noh...

macam-macam jenis ada hantu ni. tu tak masuk lagi istilah-istilah orang dulu2 yang panggil budak2 jahat ni hantu. hehe

oit!pernah jumpa hantu tak bro?hik!aku ada idea bernas bab hantu ni...argh!!nanti aku post

lucu pocong tenga makan ahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

warkah world peace

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More