Sunday, April 3, 2011

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) perlu berubah agar tidak melahirkan penguasa kaki rasuah!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua pembaca blog ini.

Rasuah adalah satu amalan yg keji dan perlu ditangani dgn segera. Di Malaysia terdapat sebuah badan yg dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yg berperanan mengendalikan kes-kes rasuah. Keupayaan badan ini untuk mencegah rasuah seperti namanya amatlah terbatas memandangkan selama ini kes rasuah masih meningkat dan melibatkan agensi kerajaan yg penting. Paling mengejutkan bila ada kes-kes rasuah juga melibatkan pegawai tertinggi agensi yg terbabit. Ini amat membimbangkan kita sebagai rakyat yg mendukung integriti dalam pentadbiran awam, dan juga sesungguhnya ini semua haruslah dijadikan pengajaran untuk kita semua. Tidak dinafikan juga yg pihak kerajaan telah lama memandang serius perkara ini dan melaksanakan pelbagai kaedah di semua peringkat bagi membendung gejala ini. 

Jadi, apa lagi yg boleh dibuat??


Ada, contohnya: 


SPA juga perlu memikul tanggungjawab jika ada penguasa (terutama Kastam dan Imigresen sbb ni yg byk rasuah kite dengar sekarang ni) yg dipilihnya rasuah, oleh itu jangan pilih kerana kronisme (menolong rakan/org kampung), nepotisme (ada hubungan keluarga), dan duitisme (rasuah).


Kepada SPA jangan hanya dipandang kesempurnaan luaran sahaja apabila nak pilih, kena juga nilai dalaman. Eh! dalaman tu kan tersorok macam mana nak tahu?....

Berbalik kpd tanggungjawab td la juge SPA, pilih la semua golongan nak jadi penguatkuasa ni. Jangan ambil golongan penyangak jer, ambil la juga mereka yg dirasakan oleh firasat kamu bahawa orang itu tidak perfect. Malah ambil juga OKU, jangan ambil 100% sempurna(sempurna di mata manusia, yg juga tak sempurna) sahaja. Ambil yg sempurna ni dalam 50% je cukup la, dan 50% lagi yg lain2  golongan(sebenarnya manusia ni sama je pada maha pencipta Allah s.w.t) ni supaya boleh check and balance. Ni karang amik penyagak je semua dari pegawai kecik sampai pegawai besar perut yg bapak2 diorang ni pun memang dah lame jadi penyangak juga tp sebab kroni punya pasal ambil la juga.

Lepas ni, kalau ada lagi rasuah melibatkan pegawai lantikan SPA, tangkap sekali pegawai SPA yg kasi lulus tu. Pastu SPA, kalau sekarang dgn jelas dah boleh kita lihat yg Kastam dan Imigresen ni banyak terlibat rasuah berprofail tinggi. Sila la ambil perhatian lebih sikit, jangan duduk nganga jer. 

Memang la kalau nak ubah sistem dan proses pengambilan tu susah nak dilakukan dgn cepat, tp ape2 pun perubahan mentaliti kakitangan haruslah bermula drpd sekarang kerana kerja anda lebih penting drpd SPRM dalam mencegah rasuah.

JANGAN MAKAN GAJI BUTA JE!!!

Pastu, kalau ada mana2 pegawai dalam SPA tu yg tak setuju dan buat tak reti ikut cara sama serta melawan perintah maka gugurkan beliau ni memandangkan die tak nak ikut pasal dah tak boleh nak dapat komisyen lagi atas aktiviti haram mereka yg berleluasa dulu. Ramai lagi orang2 muda yg boleh ganti orang2 lama yg tak sedar diri merosakkan kredibiliti perkidmatan awam ni.

Jadi, pikir2kan lah supaya bersama kita membersihkan perkhidmatan awam drpd dikuasai oleh penyangak termasuk juga SPA.

Sekian, Salam World Peace 4 All.

Don't Worry, Be Happy.. Say Your Story, Be Grumpy..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain