Umno Bakal Terkubur Pada PRU Ke-13?


Harap maaf jika gambar untuk entri WP kali ni menyinggung hati dan perasaan mana2 pihak terutamanya ahli2 UMNO.... Sebenarnya WP tidak bertujuan untuk berbuat sedemikian, akan tetapi ape boleh buat sebab gambar ni sangat kena dengan tajuk entri pada kali ini.... So, jangan ambil hati la ye....

Pertamanya ingin WP tegaskan disini yg entri ini bukanlah betujuan untuk menghentam mana2 parti politik seperti blog2 politik sedia ada. Sekian banyak dah blog2 politik yg ade kat malaysia ni tak kiralah yg belah kerajaan ataupun pembangkang, so WP rasa tak perlulah nak tambah lagi satu.... 

Walaupun begitu Blog Warkah World Peace tidak akan meminggirkan isu2 politik untuk dikupas di sini sekali-sekala kerana sebagai rakyat yg bertanggungjawab kita semua perlu juga ambil tahu hal2 politik yg akan mencorakkan masa depan sesebuah negara itu....

So, berbalik kepada tajuk.... Adakah benar yg UMNO bakal hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum yg ke-13 nanti? Sebenarnya persoalan ini agak sukar dijawab walaupun telah banyak diperkatakan oleh pihak2 yg mempunyai kepentingan.... Kita perlu ingat bahawa penentu kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya itu banyak bergantung kepada 'persepsi semasa' ketika pilihan raya sedang berlangsung dan rakyat akan membuat pilihan berdasar kepada persepsi tersebut.... 

Pengundi yg menjadi penentu nanti ialah pengundi atas pagar dan pengundi baru kerana pengundi yg memang dah tegar menyokong sesebuah parti biasanya tidak akan mengubah pendirian mereka begitu sahaja dan begitu juga jika seseorang pengundi itu pernah mengundi pada pilihan raya yg lepas, mereka akan lebih cenderung untuk memangkah parti yg sama juga.... 

Faktor calon juga memainkan peranan yg penting dalam menentukan kejayaan sesuatu parti ketika bertanding dalam pilihan raya.... So, kita kenalah mengenali calon yg bertanding di kawasan kita nanti sedalam-dalamnya supaya pilihan yg bakal dibuat itu nanti tepat dan memuaskan hati....

Jadi, persoalan yg penting sekarang ialah.... Sudahkah korang mendaftar sebagai pemilih?? jika belum, cepat2 la pergi daftar bagi yg umur cukup 21 tahun tu sebelum terlambat.... Pilihlah mengikut kebijaksanaan masing2 dan kenali jenis-jenis calon pilihanraya yang mungkin akan bertanding di tempat korang nanti.... Yang penting daftar dulu sebelum nak bising2 siape menang, siape kalah.... Ok, peace 4 all....

Comments

misz eyza said…
Insya-Allah tak kan terkubur kot parti yg pernah perjuangkan kemerdekaan tanah malayu :)
Anonymous said…
Terkadang golongan2 yang menolak Islam ini perlu diberi peringatan secara kasar selepas diberi teguran secara lembut tetapi tidak mahu berubah.

Apa sebab untuk menolak Islam, kalau kita mengaku beriman kepada Islam tiba2 enggan melaksanakan perintah Allah bukankah itu namanya munafiq..
Anonymous said…
umno mana ada perjuangkan Kemerdekaan Negara...Pegadai Negara ada la...Sejarah Negara di manipulasikan Oleh Umno..untuk Kepentingan politik umno...Jahat tol Umno...dulu kini n selamanya...