Wednesday, September 7, 2011

Empat Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak ! selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima 4 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat”. Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya “Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?”. Ibrahim bin Adham berkata……..


Syarat pertama
“Jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya”! tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

Syarat kedua
“Yang kedua”kata Ibrahim. “kalau kamu mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya ! syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”. “Ya, anda benar” kata lelaki itu.

Syarat ketiga
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “kalau kamu masih mahu bermaksiat, cari lah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya!”. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”. “Ya, kalau kamu yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Syarat keempat
Ibrahim melanjutkan. “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakan kepadanya. “ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh”. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari daripada kemurkaan Allah”

3 comments:

misz eyza said...

lama tak dengar berita...
entri yang berguna...

World Peace said...

misz eyza: yup, dh lame xupdate sbb bz bru dpt keje... hehehe...

misz eyza said...

ow yeke. alhamdulillah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain