Friday, January 13, 2012

Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 

Kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucar tunai, bermula Ahad ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Katanya, baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. “Ia bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tiada keciciran.

“Dalam tempoh dua bulan itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.

Katanya, kerajaan turut menyediakan kaunter bergerak khas di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan.
“Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok (hari ini),” katanya.

Husni berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh penyerahan borang BR1M itu selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

Katanya, orang ramai boleh terus menghantarnya ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi kerajaan berkaitan sehingga tarikh itu.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain