Perhubungan: Ketahui Sifat Lelaki Berdasarkan Gaya Beliau Merokok

1. Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi pompuan, dia mula nyala rokok.
Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian awek ke arah mereka. Lagi satu, rokok di sini mungkin sebagai alat untuk mengaburi kekurangan yang wujud pada diri.

Mereka beranggapan bahawa orang di sekeliling akan lebih tertumpu kepada gaya mereka menyedut dan menghembus asap rokok daripada memandang gaya mereka berjalan yang seakan-akan membuat hantaran bola ke hadapan. Ada juga kemungkinan semasa berjalan penampilan diri dirasakan tak kena terutamanya pada bahagian tangan. Tangan tak tahu nak letak dalam kocek ke, menggengam erat ke, berpeluk tubuh dan sebagainya. Jadi apabila rokok berada di jari, segala-galanya terjawab.

2. Kita pau rokok dia semalam. Hari ni dia pau rokok kita pula. Padahal dia ada sangat rokok dalam kocek.
Sifat dendam tu jelas menebal di jiwa. Jenis ni selalunya berkira tambah-tambah lagi time dia nak pau kita balik lepas tu kita tak kasi. Hah lepas tu mulalah mengungkit. Elok pau je rokok banyak-banyak kat orang macam ni. Apa sangat la setakat rokok tu. Diorang ni taktikal juga. Diorang ingat taktik pau balik padahal ada rokok sendiri tu tak dapat dikesan

Lepak kat kedai makan keluar rokok sebatang lepas tu simpan balik rokok dalam kocek seluar. Lepas tu nak hisap lagi, keluar lagi dan simpan semula dalam kocek. Yang ni pula jenis sistematik dan boleh dikatakan hek eleh kedekut sangat macam la orang lain takde rokok. Ada besar kemungkinan 20 batang rokok di dalam kotak adalah cukup-cukup bagi mereka untuk satu jangkamasa. Pengaliran rokok kepada orang lain akan menyebabkan bajet lari dan terpaksa membeli rokok lain. Mungkin juga kerana faktor kewangan sebab kadang-kadang fenomena ini berlaku hanya sekali-sekala dan apabila kewangan kukuh kita boleh nampak rokok mereka di atas meja.

Lepak kedai makan, rokok stail rilek saja letak atas table. Tak kira rokok kecil atau rokok besar, diorang tetap letak atas meja. Biasanya mesti ada makhluk makhluk yang jenis ambil sambil berbual buat tak faham. Tapi biasanya owner-nya pun rilek saja dan tak menghalang. Tapi bila kelakuan tu dah berulang-ulang, muka owner akan jadi lari tune sikit walaupun tersengih. Orang jenis macam ni memang bagus. Tak berkira. Tapi kena berhati-hati sikit. Orang suka ambil kesempatan. Kalau buka bisnes mesti ramai berhutang. Lagi-lagi member member sendiri. Tapi kadang-kadang tu ada pula jenis saja letak rokok atas meja kononnya nak bagi satu dunia tahu dia hisap rokok jenama apa.


3. Hisap rokok, lepas tu bas sampai (bas aircond), padam api rokok dan simpan baki rokok dalam kocek @ hisap rokok, nasi goreng sampai, padam api rokok dan simpan. Lepas makan sambung balik.
Yang ni jenis berjimat-cermat . Tengok keadaan juga. Kalau time rokok banyak pun dia buat macam ni maknanya memang golongan yang betul-betul berjimat cermat dan tak suka membazir. Kalau time rokok kecil saja dia buat, maknanya memang duit dah nak kering la tu. Orang jenis macam ni bagus. Tak ego. Tak sombong. Tak kisah orang nak cakap apa. Semangat jatidiri pun kental dan mempunyai prinsip hidup. Walau bagaimana pun diorang ni jarang ada awek.

4. Hisap rokok sikit, boring, buang atau hisap rokok, nasi goreng atau bas sampai, terus buang padahal baru nyala.
Diorang ni jenis sombong dan egois. Kadang-kadang tu jenis tak sedar diri dan suka membazir. Diorang ni malu nak tunjukkan status diri yang sebenar. Hipokrit. Duit tak ada buat-buat macam ada duit. Bila duit banyak, boros. Berlagak macam kaya. Jaga-jaga kalau diorang nak pinjam duit.

5. Hisap Selagi Ada
Jenis macam ni memang cool dan mementingkan kesempurnaan. Selagi ada rokok diorang hisap. Golongan ni tak berkira sangat pasal duit. Janji mereka dapat kepuasan daripada apa yang dilakukan. Orang macam ni memang sebati dengan asap rokok dan bau rokok. Mereka juga tergolong dalam kumpulan tak berkira sangat bab bab kena pau rokok. Bagi perokok, ada baiknya berdamping dengan golongan macam ni. Tapi bagi awek-awek yang mempunyai teman lelaki ber-trend begini, cuba cuba la nasihat sikit supaya risiko untuk menjadi janda menurun.

5. Hisap rokok time berborak dalam kumpulan kecil di table kedai makan tapi hembus asap ke tepi.
Hah yang ni pula jenis penyayang. Seorang yang caring.Diorang ni jenis tak suka menyusahkan orang lain dan mungkin jenis pemalu atau penakut. Tapi diorang ni memang jenis orang baik-baik. Tahu asap rokok ni boleh membahayakan orang sekeliling dan sanggup berkorban mengherotkan mulut demi kesihatan orang lain di persekitaran. Bagi mereka biarlah sendiri buat, sendiri tanggung dan jangan ada yang terkorban kerana perbuatan sendiri.

6. Hisap rokok jenis hembus merata
Ini jenis berlagak dan besar kepala. Asyik dia saja yang betul. Suka jadi ketua. Suka arah-arah orang. Ni kalau naik motor dengan orang macam ni bahaya. Tak ada nak ingat ingat orang tersayang. Tahu nak laju saja. Tapi yang orait sikit, diorang ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Rasa hormat kat orang tak ada. Pentingkan diri sendiri dan tak ada nak fikir depan dia ada mat-mat yang tak hisap rokok ke, mat-mat SXE ke, atau perempuan mengandung. Elok sound je…

7. Hisap rokok mulanya bukan main eksyen.
Lepas tu tiba-tiba saja tangan letak kat bawah dan cover rokok. kalau dalam gelap, cover bara rokok.
Yang ni jenis penakut atau dengan kata lainnya, tak dapat lesen besar lagi dari mak bapa. Jadi haruslah golongan ini disayangi oleh mak bapa diorang. Cuma diorang saja yang tak sedar diri dan mengada-ngada cakap mak bapa mengongkong. Ada kemungkinan juga takut awek atau wanita yang dah lama dia marking (ala-ala ustazah) nampak seterusnya menyebabkan reputasi jatuh atau kekecewaaan. Ini juga membawa kepada sikap hipokrit, tak jujur dan tak yakin dengan imej kendiri.


8. Rokok jenis beli batang lepas tu keluar rokok dari kocek dah kempis kempis bengkok sambil lurut lurut rokok perlahan-lahan kasi straight.
Yang ni aku dah jarang jumpa. Masa sekolah sekolah selalu la nampak. Mungkin ramai orang sekeliling aku dah meningkat taraf hidup. Diorang ni mungkin juga dalam golongan tak dapat lesen mak bapak. Ye la kalau beli yang kotak kang, mak dia jumpa dalam poket seluar puas pula nak menjawab. Rokok member la, rokok drebar bas tertinggal dalam kocek la. Diorang ni bagus dan boleh diharap. Kalau kita kasi rokok, akan datang kita akan mendapat habuan dari diorang ni atas sikap bersyukur dan menghargai pemberian orang lain.

9. Hisap rokok makan cokelat angin.
Taktikal. Atau mungkin takut kegiatannya dapat dikesan pihak bertanggungjawab. Atau mungkin mahu mem-balance-kan mulut supaya dalam keadaan selesa dan seterusnya membuka selera untuk hisap lagi sebatang dan sebatang.

Sumber: nizarazu.com

Comments