Bagaimana Cara Berkawan, Bertunang Sebelum Kahwin Dalam Islam

Kalau lelaki mahu orang perempuan ni boleh, syaratnya, kita mahu berkahwin dengannya, lepas itu apa yang boleh? Maka boleh la kita pergi berjumpa dengannya, di sini syarak beri kebenaran. Bila Kita mahu perempuan ni, kita mahu jumpa dengan elok dan kita mahu menghadap elok-elok dibenarkan oleh syarak, sebab kalau tak tengok perempuan itu hukumnya makruh.

Contoh seorang lelaki ni menyuruh kawannya mencari jodoh untuk dia, dia tak kisah macam mana rupa, ikut cara kawan dia, lepas tu cara kawan dia ni, minat perempuan gemuk, lepas tu nikah lelaki ni lari sebab perempuan tu gemuk, lelaki tu kata kenapa pilih gemuk, dah kamu kata kamu tak kisah. Sebab tu makruh.

Sebab tu Nabi marah sahabat tak tengok, Nabi kata hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru kamu boleh berkahwin dengannya. Maknanya, pergi rumah dia dulu, bawa perempuan itu keluar, tanya dia, ada sakit ke tidak, perangai macam mana, reti masak ke tidak. Macam ni la caranya.

Tak boleh bawa jalan-jalan berdua, tidak elok. Tak kira macam mana, kena bertaubat.

Pergi rumah dia, cakap dengan mak dia, saya mahu anak makcik, saya datang ni sebab nak berkawan dengan anak makcik, panggil keluar perempuan itu sebab nak tengok dulu, pastu cerita, kalau saya berkenan saya mahu berkahwin dengan kamu, cerita saya ni macam ni, suka macam ni, kerja macam ni. Kamu boleh tak kalau saya macam ni. Kalau perempuan tu kata boleh, setuju maka tunang lah. Tunang beri cincin, sunat beri cincin tapi mas kawin wajib.

Bila dah bertunang bincang tarikh kahwin. Sementara tunggu tarikh kahwin nak berkawan dulu, nak bawa jalan-jalan dulu. Boleh sekiranya ditemani kedua-dua ibu bapa. Tak best la kalau macam tu, memang tak best, tapi nak wat macam mana, nikah la dulu kalau mahu lebih-lebih. Tak yah cakap pasal pegang tangan, semua boleh pegang kalau dah nikah. Jadi nikah la dulu.

Comments