Sunday, November 18, 2012

Pierre Andre Sertai Tabligh

Pada anugerah skrin yang lalu, ramai dapat mendengar ucapan Pierre Andre menyebut ”Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,”

Ucapan tersebut bukanlah sekadar ucapan semata mata,ia adalah salah satu permulaan dakwah oleh pengarah muda Pierre Andre yang sudah mengikuti tabligh sejak lima bulan lalu.

“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari. – tambah Pierre Andre. – WootMedia |Hiburan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain