Saturday, August 18, 2012

Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran. Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?
Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?

Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka, kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.


Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

1. Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2. Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3. Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Wednesday, August 15, 2012

Loo Jo Yee: Gadis Cantik Bakal ‘Sister Gereja’ Ini Memeluk Agama Islam

Loo Jo Yee, siapakah gadis ini? Gadis ini menyimpan banyak cerita dan kisah suka duka dalam usaha nya untuk berhijrah dan memeluk agama Islam. Mari kita sama-sama kongsi kisah beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang, seseorang muallaf sudah tidak perlu untuk menukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian. Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak memberi semangat kepada beliau untuk berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar! Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga
tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Sumber: jomberita.com

Tuesday, August 14, 2012

Senarai Aweks Paling Hot Sukan Olimpik 2012 (24 Gambar)

 Kaylyn Kyle - Football for Canada

 Emilia Fahlin - Cycling for Sweden

 Emma Coburn - American Middle Distance Runner

 Aliya Mustafina - Russian Gymnast

 Stephanie Louise Rice - Australian swimmer

 Alex Morgan - American Soccer Player

 Leryn Franco - Athletics for Paraguay

 Jessica Ennis - Athletics fo Great Britain

 Maria Sharapova - Tennis for Russia

 McKayla Maroney - Gymnastics for USA

 Allison Stokke - Athletics for USA

 Ana Ivanovic - Tennis for Serbia

 Christine Merrill - Athletics for Sri Lanka

 Daniela Hantuchova - Tennis for Slovakia

 Darya Klishina - Athletics for Russia

 Ellen Hoog - Hockey for Netherlands

 Jaqueline Carvalho - Volleyball for Brazil

 Laura Robson - British Tennis Player

 Neslihan Demir Darnel - Volleyball for Turkey

 Niki Gudex - Mountain biking for Australia

 Antonija Misura - Basketball for Croatia

 Hope Solo - Football for USA

Yelena Isinbayeva - Russian Pole Vaulter

Last but not lease, Pandelela Rinong - Diving for Malaysia
(Hot because winning bronze for our country)

18SG: Pedang Tertusuk Di Kepala Lelaki China Ini

BEIJING – Seorang remaja China selamat ketika pedang menusuk dahinya. Awalnya remaja itu hanya bermain-main dengan pedang tersebut.

Zhang Bin diundang oleh kawan sebayanya ke rumahnya dan salah satu kawannya membawa pedang Samurai.Mereka pun bermain-main dengan pedang itu dan akhirnya, pedang tersebut menusuk kepala Zhang tepat di antara kedua matanya.

“Tiga kawan saya mengajak saya untuk bermain ke rumahnya, kawan saya membawa pedang itu dan saya tidak tahu, tiba-tiba pedang itu menusuk saya, saya merasakan sakit dan banyak darah menitis di wajah saya,” ujar Zhang, seperti dipetik Telegraph.

Zhang akhirnya terus dikejarkan ke hospital, namun doktor menyatakan bahwa mereka tidak sanggup mencabut pedang yang terpacak di kepala Zhang. Zhang pun akhirnya dihantar ke rumah sakit di Kota Changsha, Provinsi Hunan. Setelah menjalani pembedahan beberapa jam, pedang itu berjaya dicabut dari kepala Zhang. “Untungnya, pedang tersebut tidak menusuk pembuluh nadi di kepala atau saraf,” ujar salah satu doktor yang membedah Zhang.

Tips Nak Mengorat Awek Paling Senang

Anda bermasalah dalam bidang mengorat awek? Tak tahu macam mana nak mulakan perkenalan dengan perempuan? Jangan berlengah lagi, cume ikuti langkah2 kat bawah ni... Cara ini terbukti berkesan dan selamat mencuba... 

Gempar! Inikah Dia Awek Nazmi Faiz Yang Sebenar?

Nazmi Faiz bergambar dengan kekasihnya dan beri ucapan romantik di facebook dan twitter

Senarai Blogger Girl Yang Paling Cun Di Malaysia (20 Gambar)

1. Sekadar Hiasan

2. Fatin Suhana

3. Fatin Liyana

4. Ara Lee

5. Linda Roslan

6. Sarazaqea

7. Syie Mazlan

8. Hanis Zalikha

9. Shafinatul

10. MisSyuha

11. Nisa Kay

12. Liyana Mardiana

13. Zafirah Hanis

14. Yuyu Zulaikha

15. Nazneen Najib

16. Arxar Nadhirah

17. Bella Dela Rosa

18. Amirah Filzah

19. Balqis Bahari

20. Nathrah/CaMca Dan Garfu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain