Saturday, April 30, 2011

Andai lelaki Tahu... Perempuan Memang Begini... Ye ke?


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

CREDIT :  Halimatun Ima

Koleksi Gambar Pondan Tercantik Di Thailand

Nama: Tanyarat "Nong Film" Jirapatpakon
Umur: 24
Info: Nong Film or Mr. Disney Jitprapajin is the winner of Miss Tiffany Universe 2007 in Thailand
















Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Jozan)


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Amir)


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Jihan)


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Sepah)


Friday, April 29, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Jambu)


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Balas)


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Nabil)


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Man)


Awas! Daging Babi Boleh Ditukar Menjadi Daging Lembu

Ya betul.... Di China daging babi boleh ditukar menjadi daging lembu.... Tentu berita ini tidak mengejutkan kite sangat sebab sebelum ni dah pernah tersebar berita tentang telur palsu drpd China... WP pun ade post tentang telur palsu tu dan yg paling menarik WP ade tulis komen nak buat lawak la, kononnya lepas ni China akan buat daging palsu pulak.... Tup2 ni ade betul.... Memang gila lah diorang ni.... So lepas ni ape lagi la makanan yg diorang akan palsukan ataupun ciplak....


Saksikan laporan oleh CCTV News tentang daging ciplak ni:


So.... kenapa nak tukar daging babi menjadi daging lembu? Persoalan ini mudah sahaja jawapannya sebab kat negara China herga daging lembu jauh lebih mahal berbanding dengan daging babi. Jadi dengan menukar daging babi menjadi daging lembu, peniaga2 makanan di China akan dapat meningkatkan keuntungan mereka. 

Memang sungguh pelik la mereka ni, nak menipu pun terpaksa buat bersungguh-sungguh supaya nampak real. Ni menunjukkan yg daging babi memang berbeza sangat dengan daging lembu dari segala segi dan susah nak tipu.

Memang berita ini sungguh menakutkan lebih2 lagi kepada umat islam kerana bahan yg digunakan untuk menukar daging babi kepada daging lembu ni sebenarnya mudah didapati dan cara menukar juga amat mudah sekali.

So.... macam mana mereka buat? Mereka menggunakan sejenis bahan yg dipanggil "beef extract" dan bahan ini sebenarnya mudah didapati di kedai2 akan tetapi kurang diketahui oleh umum. Kesan bahan ini sungguh terbaik sehingga pengguna langsung tidak dapat membezakan yg mana daging lembu tiruan dan yg mana daging lembu original. Bahan ini juga merbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.


Cara menciplak daging babi menjadi daging lembu:

1. Beef extract, untuk menukar daging babi menjadi daging lembu.

2. Glazing agent, untuk menghilangkan rasa daging babi.

3. Daging babi diperap bersama bahan2 tadi.

4. Perbandingan antara daging babi yg sudah diperap dan yg belum.

5. Perbandingan antara daging babi sebenar dan daging lembu tiruan selepas dibakar selama 2 jam. Daging babi yg telah ditambah dengan beef extract kelihatan seperti daging lembu biasa.

Moral of the story: Elok la bawak bekal kalau rasa2 nak pergi melancong ke China.


World Peace: Kepalsuan dunia tidak mengenal batasan malah memalsukan apa saja barang materialistic apatah lagi kepalsuan jiwa yg mudah didapati di mana2 sahaja. 

Thursday, April 28, 2011

Penghargaan Buat Semua Pembaca

Salam World Peace 4 All...

Setelah lebih kurang sebulan Warkah World Peace™ ni beronline WP ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat korang yang telah support blog WP yang masih lagi baru dalam dunia blogging ni. Memang tidak dapat dinafikan yang WP sendiri tidak menyangkakan yg blog ini akan mendapat sambutan, akan tetapi itulah yang terjadi. Thanks kepada pembaca setia yang membuatkan pageviews blog ini berjumlah 8k lebih dalam masa sebulan (dari 26/3/2011-28/4/2011), ape2 pun tahniah buat korang yang berminat dengan ape yang WP share dalam blog ini.

InsyaAllah WP akan memperbaiki lagi content2 yang terdapat dalam blog ini supaya lebih memberi manfaat dan menghiburkan khas buat tatapan korang. 

Rahsia Personaliti Berdasarkan Cara Kentut


1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut

5. Orang MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain tak ada yang tahu

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di tempat tidur terus dikibaskan baunya

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak berbunyi tapi risau orang terbau kentutnya

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak supaya orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya itu

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium bau kentut orang lain

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan rakan-rakan

16. Orang AKUATIK
Orang yang suka mengentutkan dirinya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku setelah habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil terkentut-kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang bunyi kentutnya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

World Peace: Cinta itu ibarat kentut, diluah segan tapi kalau dipendam seksa... hehehe...

Memahami Isu Cukai Tanah & Bekalan Air UUM



Jawapan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan berkenaan isu cukai tanah dan bekalan air UUM:

Berkenaan cukai tanah sejak dua tahun lalu sebenarnya telah diberikan pengurangan (rebat) oleh kerajaan negeri Kedah pada masa itu, memandangkan pihak UUM membuat rayuan kerana tidak cukup wang.

Berkenaan masaalah bekalan air pula, ia terletak di bawah tanggung jawab kementerian. Kemudahan bekalan air sedia ada sudah tidak mampu menampung keperluan pelajar UUM yang semakin meningkat dari 10,000 orang kepada 30,000 orang. Maka MB Kedah menasihatkan agar sistem kemudahan air sedia ada di UUM agar dinaiktaraf (upgrade).


Artikel dari kenyataan Menteri Pengajian Tinggi melalui Bernama:
Tindakan kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda selain gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi di universiti itu, dilihat sebagai tidak membantu usaha kerajaan pusat untuk melahirkan modal insan negara. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai kerajaan negeri yang memerintah, mereka seharusnya berbangga dengan universiti itu dan membantu kerajaan pusat dalam menyediakan keperluan-keperluan tertentu untuk universiti berkenaan. “Selama ini kalau kerajaan negeri itu BN, ia membantu dengan tidak mengenakan cukai yang tinggi. Tetapi setelah mereka mengambil alih kerajaan negeri, mereka mengenakan cukai tanah kepada institusi pendidikan sehingga RM1.8 juta setahun cukai tanah berbanding sebelum ini RM150,000 setahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Anggota Parlimen yang dikendalikan UUM di Putrajaya hari ini.Lebih membebankan apabila pihak pengurusan UUM terpaksa membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan untuk menampung kos lori bagi mengangkut air dari luar akibat kekurangan bekalan air sejak setahun lalu, katanya.Beliau berkata kerajaan negeri dilihat cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi, sedangkan mereka seharusnya memahami UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan. Mohamed Khaled berkata sebelum ini pakatan pembangkang hanya tahu mempersoal tindakan kerajaan Pusat menaikkan harga gula dalam ceramah-ceramah politiknya sedangkan mereka sendiri menaikkan cukai tanah pada kadar yang cukup tinggi. Sementara itu, Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata beliau telah menemui Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak awal tahun ini untuk berbincang mengenai isu air selain merayu agar kadar cukai tanah dikurangkan. “Semasa berjumpa Menteri Besar beliau berkata beliau akan cuba menyelesaikannya. Saya masih menunggu jawapan,” katanya. - Bernama
Video: Jawapan Penuh Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan berkenaan isu ini

Koleksi Gambar Sengal Yang Ade Kat Malaysia Aje












Wednesday, April 27, 2011

Panas!! Video Seks Pemimpin Part II Disiar Buletin Utama

Video terhangat dipasaran part 2 telah pun disiarkan oleh buletin utama, cepat sungguh tv3 ni ye bab2 camnie. 


Ni la video nyer, sila tonton dengan berhemah (macam mane tu ye) hahaha. WP rase ni part last video sebenar dan wajah pelaku lebih jelas sedikit berbanding part 1. Ape2 pun terpulang pada masing2 untuk menilai, sebab bendenya dah ade untuk kite sendiri tengok.

video

Survey Isu Nasi Lemak (PANAS)

Salam World Peace 4 All, jom layan entri WP kali dengan hati yg terbuka tanpa prasangka....

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, pihaknya tidak bercadang untuk mengharamkam penjualan Nasi Lemak di kantin2 sekolah. Akan tetapi langkah yg diambil oleh Kementerian Kesihatan adalah menyarankan agar Nasi Lemak tidak lagi dijual dan akan mengesyorkan senarai menu yg lain.



Berdasarkan survey rambang tak rasmi yg dijalankan oleh WP, adalah didapati beberapa respon akibat penyaranan yg dibuat oleh KKM ini, antaranya:

1. Takleh makan nasi lemak, diorang bedal McD sampai lebam.


2. Nie la geng hantu nasi lemak kat sekolah tut.. yg memang bangkang isu ni.


3. Persatuan pencinta nasi lemak sedunia juga melakukan protest.


 4. Apekah pulak saranan KKM tentang nasik lemak 50 sen?


 4. Persatuan ganyang cendol juga melakukan demo besar-besaran.


5. Mereka juga berhak makan nasi lemak pada waktu rehat seperti generasi terdahulu.


World Peace: Bukan salah nasi lemak punca obesiti, tapi salah mereka dan keluarga mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Outbrain