Ya betul.... Di China daging babi boleh ditukar menjadi daging lembu.... Tentu berita ini tidak mengejutkan kite sangat sebab sebelum ni dah pernah tersebar berita tentang telur palsu drpd China... WP pun ade post tentang telur palsu tu dan yg paling menarik WP ade tulis komen nak buat lawak la, kononnya lepas ni China akan buat daging palsu pulak.... Tup2 ni ade betul.... Memang gila lah diorang ni.... So lepas ni ape lagi la makanan yg diorang akan palsukan ataupun ciplak....
Saksikan laporan oleh CCTV News tentang daging ciplak ni:
So.... kenapa nak tukar daging babi menjadi daging lembu? Persoalan ini mudah sahaja jawapannya sebab kat negara China herga daging lembu jauh lebih mahal berbanding dengan daging babi. Jadi dengan menukar daging babi menjadi daging lembu, peniaga2 makanan di China akan dapat meningkatkan keuntungan mereka.
Memang sungguh pelik la mereka ni, nak menipu pun terpaksa buat bersungguh-sungguh supaya nampak real. Ni menunjukkan yg daging babi memang berbeza sangat dengan daging lembu dari segala segi dan susah nak tipu.
Memang berita ini sungguh menakutkan lebih2 lagi kepada umat islam kerana bahan yg digunakan untuk menukar daging babi kepada daging lembu ni sebenarnya mudah didapati dan cara menukar juga amat mudah sekali.
So.... macam mana mereka buat? Mereka menggunakan sejenis bahan yg dipanggil "beef extract" dan bahan ini sebenarnya mudah didapati di kedai2 akan tetapi kurang diketahui oleh umum. Kesan bahan ini sungguh terbaik sehingga pengguna langsung tidak dapat membezakan yg mana daging lembu tiruan dan yg mana daging lembu original. Bahan ini juga merbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.
Cara menciplak daging babi menjadi daging lembu:
1. Beef extract, untuk menukar daging babi menjadi daging lembu.
2. Glazing agent, untuk menghilangkan rasa daging babi.
3. Daging babi diperap bersama bahan2 tadi.
4. Perbandingan antara daging babi yg sudah diperap dan yg belum.
5. Perbandingan antara daging babi sebenar dan daging lembu tiruan selepas dibakar selama 2 jam. Daging babi yg telah ditambah dengan beef extract kelihatan seperti daging lembu biasa.
Moral of the story: Elok la bawak bekal kalau rasa2 nak pergi melancong ke China.
World Peace: Kepalsuan dunia tidak mengenal batasan malah memalsukan apa saja barang materialistic apatah lagi kepalsuan jiwa yg mudah didapati di mana2 sahaja.
Comments