Aktiviti Remeh Tapi Merosakkan Kulit Muka?

Pernah tak korang terfikir dengan beberapa tabiat buruk yang remeh boleh buat kulit muka rosak?  Tapi mesti dahi berkerut kan entah tabiat apa laa yang aku maksudkan. Takpe, jangan risau sebab aku akan listkan beberapa tabiat buruk mana tahu mungkin korang ada sedikit kesedaran bolehlaa ubah lepas ni. Hui mengata orang padahal aku pun sama. Wuwuwuu.

Bercakap di telefon terlalu lama
Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di sebarang tempat termasuk di tempat-tempat berdebu seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlalu lama. Untuk mengelakkannya lap dulu telefon sebelum menggunakannya. Itupun kalau korang rajin.
Kerap mengerutkan mata
Tabiat sesetengah daripada kita tak berapa suka nak pakai cermin mata dan contact lens walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan korang mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Remehkan? Jika perbuatan ini berlarutan kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua. Muahahaaaa.
Penggunaan penyembur rambut (hair spray)
Ramai yang menggunakan tapak tangan untuk melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Sebenarnya, tapak tangan tidak dapat melindungi muka sebabnya partikel kecik daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada muka yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut.
Malas mengganti sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati kat muka akan melekat pada sarung bantal. Lama kelamaan akan menebal dan timbul bakteria. Jadi kalau malas nak ganti sarung bantal bermakna korang tidur di atas timbunan bakteria. Fuhh terbaik kot? Wuwuwuuu.
Kerap mandi air panas
Mandi air panas memang nikmat terutama orang pemalas macam aku. No! No! Aku tak malas ye! Kahkahkah!  Tapi kalau terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan jadi sangat kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut sudahnya muka kelihatan lebih tua daripada sepatutnya.
P/s: Bab bantal dengan mandi air panas tu sesuai sangat macam mengata kat aku. Patutlaaa aku rasa muka tak bermaya aje lately. Nampaknya kena mandi air embunlaaa nak bagi nampak awet muda. Muahahaaaa.
Sumber: penmerah

Comments