Seorang pemuda yang sangat teringin untuk berkahwin wanita cantik telah datang menemui seorang ustaz untuk meminta pendapat dan nasihat.
Pemuda : “Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”
Ustaz : “Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?”
Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”
Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”
Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”
Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’
Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang… saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis …..”
Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yg ketiga.”
Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”
Ustaz : “BERCERMIN!”
Comments