18SX Sakitkah Ketika Dara Dipecahkan?

Rasa takut sakit sering menghantui wanita ketika pertama kali mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya darah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan saluran darah sahaja. (rasa sakit hanya timbul pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).

Yang menyebabkan rasa sedikit sakit itu adalah disebabkan regangan bahagian vagina apabila dimasukkan zakar buat pertama kali. Seperti yang sedia maklum, bagi wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis. Maka apabila zakar masuk, sedikit regangan akan berlaku.

DARA DAH PECAH TETAPI MASIH BELUM PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Ada kemungkinan untuk selaput dara koyak tanpa melakukan hubungan seks. Ini mungkin kerana terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Sebagai contoh terjatuh didalam bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas ataupun tersadung celah kangkang ketika menaiki basikal.

APAKAH PERBEZAAN PECAH DARA KERANA HUBUNGAN SEKS ATAU TRAUMA
Terdapat perbezaan diantara koyaknya selaput dara disebabkan oleh penetration penis atau trauma (terhentak, tersadung, telanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahaian bawahnya, sekitar jam 5 hingga jam 7.

Trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak dibahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Senang cerita, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak dibahagian atas selaput dara.

BOLEHKAH SELAPUT DARA DIKEMBALIKAN
Hangat dikatakan sekarang mengenai seorang selebriti di Indonesia melakukan rawatan mengembalikan keperawanan (dara) atau dalam erti kata lain melakukan pembedahan membuat kembali selaput dara tersebut. Sememangnya boleh. Sekiranya koyakkan selaput tersebut masih kecil, hanya dilakukan penjahitan semula. Sekiranya koyak selaput tersebut besar, maka diambil sedikit bahagian dari kulit vagina untuk membuat selaput dara yang baru.

PENTINGKAH DARA BAGI WANITA
Seperti di awal saya mengatakan bahawa wanita sangat memandang tinggi nilai dara itu. Ia menunjukkanlevel harga diri mereka. (bagi yang belum berkahwin sahaja). Namun begitu bukan dara sebagai nilai utama kesucian tersebut. Selaput dara boleh sahaja pecah kerana trauma, ataupun sememangnya dilahirkan tanpanya.

Yang penting adalah kesucian keperibadian wanita itu. Wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks melainkan dengan suami yang sah adalah wanita yang baik. Sekiranya tanpa ikatan yang sah telah melakukan hubungan ini, saya tidak merasakan dia datang dari golongan yang baik.

Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun. Jagalah maruah diri kita sebaik-baiknya baik wanita ataupun lelaki. Seks luar nikah bukan sahaja dosa besar di sisi agama malah mendatangkan mudarat kesihatan yang sangat buruk. Janganlah hanya kerana kenikmatan sesaat, kita menderita selamanya. Bersabarlah buat seketika, kelak anda akan tersenyum bahagia.
Wallahu a’lam

Comments