Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...
Sebelum korang bace entri ni, mesti bace dulu Asal-usul kenapa negeri Pahang paling besar kat Semenanjung sebab entri kali ini adalah sambungan kepada entri tersebut.
Asal-usul nama Sabah
Selepas berjaya operasi mengukur dan menanda sempadan di semenanjung, kerajaan Sabah (ketika itu Borneo Utara) juga berpendapat yg mereka juga perlu melakukan perkara yg sama bagi mengelakkan berlakunya kesusahan pada masa hadapan.
Seperti di semenanjung, pemerintah Borneo Utara juga melantik wakil untuk menjalankan kerja2 mengukur dan menanda sempadan. Ketika mengukur, salah seorang drpd mereka sangat teruja dan bersungguh-sungguh nak mengukur seluas yg boleh. Maka yg lain pun menegurlah beliau dengan berkata.
"Sabar bah, sabar bah" berulang-ulang kali sepanjang proses tersebut.
Oleh kerana kejadian itu, nama 'Sabar bah' telah dipilih menjadi nama baru bagi Borneo Utara dan lama-kelamaan dikenali dengan nama Sabah sahaja.
Asal-usul nama Sarawak
Di Sarawak (ketika itu Jajahan Brooke) pula semua wakil2 pengukur begitu teruja sekali nak melakukan kerja mereka. Nak dijadikan cerita, salah seorang drpd mereka bernama Wak dan ketika beliau sedang sibuk mengukur, rakannya yg lain menjerit-jerit kepada beliau dengan berkata.
"Sana lagi Wak, sana lagi Wak" berulang-ulang kali sepanjang proses tersebut.
Oleh kerana kejadian itu, 'Sana lagi wak' telah dipilih menjadi nama negeri Raja Putih ni dan lama-kelamaan dikenali dengan nama Sarawak sahaja.
Gitu le cherite nyer, hehehe.. Jangan marah ha, nanti lekas tua..
Sebarang persamaan sama ada watak2 atau sejarah sebenar adalah rekaan semata, takde kene mengene dengan yg hidup ataupun yg mati..
Sebarang surat bantahan boleh la dihantar ke alamat email, akan tetapi jangan haraplah akan dilayan..
Sekian, Wassalam...
Comments